Saturday, November 1, 2008

2 Team dalam UMNO

Team Najib
1. Mahathir - Bakal Penasihat PM
2. Mukhriz
3. Mahuydin Yasain

Team Pok Loh
1. Menantu - Khairy J
2. Kaki ampu semasa

Dulu Kini Selamanya hancurkan Islam

Lama sudah saya tak menulis artikel seperti ini kerana kekangan kerja
dan tugas-tugas politik semasa yang menghalang saya tetapi pagi ini
seolah-olah baru sedar dari lamunan saya mendapat idea dan harap dapat
ia dapat dikongsikan dengan semua blogger yang wujud di dunia maya
ini. Insya Allah. Saya memilih tajuk ini selepas menjalankan sedikit
kajian yang berkaitan dengan harapan dapat menyedarkan umumnya ahli
UMNO yang tidak sedar diri mereka sudah diperalatkan oleh pemimpin
yang tampak indah peribadi tetapi sebenarnya sampah yang menyelubungi
diri. Bukanlah niat saya untuk menyeru ahli-ahli UMNO meninggalkan
perjuangan tetapi lebih kepada perbetulkan setiap tingkah yang
ditonjolkan oleh pemimpin kesayangan mereka yang jelas mempermainkan
kesetiaan mereka dalam setiap perbuatan politik mereka. Semoga artikel
ini menarik perhatian pencinta UMNO yang berani melaksanakan perubahan
drastik demi memastikan UMNO terus relevan untuk tempoh
sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

UMNO...DULU BAGAIMANA???
Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato'
Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah
dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai
Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4
Feberuari 1988.

Antara Asas dan Tujuan:-
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita
Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama
dan negara.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah
pertubuhan parti politik bertujuan untuk menentang Malayan Union,
mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya
memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan UMNO yang
berteraskan Melayu tidak menyimpang dari kehendak Islam.

Ketegasan UMNO untuk agama Islam terbukti dengan tertakluk dalam perlembagaan

yang menyebutnya di dalam fasal 3.3 :

'Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara
serta menghormati prinsip kebebasan agama.'


Hakikat Sebenar (10 tahun terakhir):-
1. Menghapus tulisan Jawi

2. Perompak harta negara

3. Pengkhianat bangsa Melayu


UMNO...KINI MACAMANA???
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat yang kini bukan lagi
ahli dan mungkin hanya diterima permohonan menyertai kembali UMNO
selepas pergi Pak Lah pada Mac 2009( itupun kalau Pak Lah betul-betul
pergi) iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988
selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan
pendaftarannya oleh mahkamah.UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai
UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan
termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu,
bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih
satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan
boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang
UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun
DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988?)

Asas dan tujuan penubuhan semula:
UMNO (BARU) adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita
Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama
dan negara serta ingin menyelamatkan aset UMNO semasa yang bernilai
lebih dari satu billion.

Hakikat yang hakiki (10 tahun terakhir):-
1. Melahirkan ramai pengamal RASUAH yang hebat

2. Perompak harta UMNO dan negara

3. Perompak wang Tabung Haji dan KWSP

4. Pengkhianat bangsa Melayu (menghentam raja-raja Melayu)

5. Memenjara bangsa Melayu melalui tuduhan palsu dan hukuman

tanpa bicara (ISA)

6. Menghina Nabi Muhammad s.a.w

7. Menyekat dakwah ISLAM yang sebenar

8. Memperlekeh Al-Quran dan penentang hukum ALLAH

yang hebat

9. Meroboh surau dan masjid ALLAH

10. Menyokong program hiburan maksiat

11. Membiarkan gejala MURTAD terus menular dalam
kalangan bangsa Melayu

12. Memperkenalkan Mazhab baru iaitu HADHARI (difahamkan
ia singkatan daripada (Ada HAD pada HARI tertentu)


Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara dua wajah UMNO ini tetapi
sekurang-kurangnya ia mempunyai sedikit persamaan iaitu tiga dari
empat mantan Presidennya pernah keluar dari UMNO.

UMNO...SELAMANYA JADI LAGU MANA???

Tsunami Politik Pasca PRU-12 ternyata mengubah segala yang indah buat
UMNO kerana sehingga ke saat artikel ini ditulis UMNO masih gagal
mengurus kekalahan mereka sehinggakan ada dalam kalangan pemimpin
terang-terangan berkonfrontasi dengan Presiden UMNO semasa dan UMNO
sebenarnya telah terbahagi kepada beberapa kabilah yang menyebabkan ia
sukar untuk bercakap soal kesatuan bangsa apatah lagi menjulang
ketinggian adab dan agama Islam. Kegagalan mereka diteruskan lagi
dengan pengisytiharan keluar dari UMNO bersyarat oleh Mantan
Presidennya sendiri dan kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan
yang merupakan musuh sampai ke mati antara kedua tokoh tersebut.

Soalnya, apa lagi kekuatan yang tinggal pada UMNO jika kita renung
kelakuan dua tiga 'partner' UMNO dalam Barisan Nasional yang mula
berani menuntut hak
dan meminta sesuatu yang cukup asing bagi mereka untuk menyuarakan
secara terbuka sepanjang 3 dekad yang lalu. Mengapa, kenapa,
bagaimana, apa, bila dan di mana
UMNO sekarang??? Itulah persoalan yang akan dibangkitkan bila ada
insan cuba bicara tentang kelangsungan politik Melayu UMNO ini. Adakah
ini petunjuk dari Allah
bahawa sesuatu perjuangan yang berteraskan kebangsaan akan lupus
selagi ia tegar berpegang kepada soal pokok ketuanan bangsa dan bukan
ketuanan agama yang mungkin
terlalu sensitif untuk disentuh? Hakikatnya, UMNO semakin hari semakin
lemah dengan perebutan kuasa dan jawatan oleh golongan 'elites' yang
bertarung dengan kelompok kecil golongan kasta bawahan yang ada
sedikit keberanian untuk bersaing atas nama perjuangan rakyat walaupun
dinafikan pelbagai hak mereka. Saya yakin satu hari, ahli UMNO akan
kembali menginsafi hak mereka sebagai ahli yang mendukung perjuangan
sebenar bila mana UMNO asal ditubuhkan 62 tahun dahulu dan pada ketika
itu walau mungkin ia sudah terlewat tetapi sekurang-kurangnya mereka
menggunakan hak mereka secara amanah dan telus untuk memberikan tempat
kepada pemimpin yang bersifat pejuang bukannya bersifat perakus dan
pengaut khazanah dan harta rakyat sebagai pimpinan mereka. Saya yakin
pada ketika itu, UMNO akan kembali menguasai keadaan dan berjaya
akhirnya menguruskan apa yang termaktub sebagai kekalahan paling teruk
sebuah parti yang dikatakan cemerlang, gemilang dan terbilang