Saturday, February 21, 2009

Terlepas lagi Pulau Pisang?

Membongkar Pakatan UMNO - Singapura - Israel!

"Dalam keasyikan kita semua bergaduh berikutan serangan bertubi-tubi UMNO ke atas Perak dan negeri-negeri Pakatan Rakyat, ramai yang tidak sedar bahawa UMNO turut berpakat dengan Singapura dalam menghadapi ancaman terbesar UMNO dalam sejarahnya iaitu Pakatan Rakyat.

Artikel ini membongkar kerjasama antara UMNO dengan Singapura dalam menghadapi Pakatan Rakyat. Batu Putih dan Wilayah Pembangunan Iskandar hanyalah permulaan.. Mari kita lihat.

Sebelum kita meneliti kerjasama antara UMNO dan Singapura, mari kita terlebih dahulu melihat bagaimana Singapura memperkuda rakyat Malaysia selama ini:

1. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. UMNO melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.

2. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Begitulah komen Tun Mahathir.

3. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura membahayakan rakyat Malaysia . Kereta penulis sendiri pernah dilanggar oleh pemandu Singapura yang memandu bagai nak gila. Mereka masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.

4. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa dan Singapura menang.

5. Isu-isu penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.

6. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.

7. Singapura memilih pemimpin bijak yang jujur di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford dan mereka diawasi oleh badan pencegah rasuah yang bebas dari kawalan kerajaan. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar dan rasuah. Yang terpelajar pula cukup korup dan badan pencegah rasuah tidak bebas.

Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura."

Israel akan menguasai Malaysia melalui Singapura. UMNO telah "menjual" Johor melalui Wilayah Pembangunan Iskandar apabila menerima Singapura sebagai pelabur utama. Sejarah Batu Putih dijangka berulang! Singapura sangat dipengaruhi Yahudi dan ketenteraan Singapura dlatih sendiri oleh Yahudi. Mereka yang berada dalam bidang ketenteraan boleh mengesahkan hal ini.
Kerjasama UMNO – Singapura – Israel ini boleh dilihat dengan mudah:

1. Pemimpin UMNO membuat kenyataan bahawa kehilangan kedaulatan Pulau Batu Putih merupakan satu win-win situation.

2. UMNO cuba menjual Malaysia kepada Singapura dengan projek kerjasama landasan keretapi antara Malaysia-Singapura. Dari sudut undang-undang, Singapura selaku pelabur utama akan berhak ke atas infrastruktur landasan tersebut yang meliputi satu Malaysia. Cubaan UMNO gagal berikutan bantahan kuat dari rakyat.

3. UMNO mengiktiraf Fatah yang disenangi Israel dan enggan mengiktiraf Hamas yang mempertahankan Palestin dan merupakan kerajaan yang sah di Palestin.

4. Lee Kuan Yew sendiri pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak selesa dengan Anwar Ibrahim. Ini kerana Anwar dilihat sebagai lebih bijak dalam menghadapi Singapura berbanding Najib dan Pak Lah.

5. Wilayah Pembangunan Iskandar akan mengakibatkan orang Melayu hilang tanah mereka apabila tanah-tanah tersebut akan dijual kepada orang Singapura dengan harga yang mahal. Ini tidak pelik berikuta kemelesatan ekonomi global.

6. Wakil Singapura iaitu KJ sentiasa memperjuangkan kepentingan Singapura. Selaku pelajar dari Singapura yang lahir di Kuwait, cukup melucukan apabila KJ cuba menampilkan diri sebagai hero Melayu. Sikapnya yang selalu bermain api perkauman tidak menjadi isu bagi penyokong UMNO yang dulu, kini dan selamanya bersama UMNO.

7. Singapura yang terkenal dengan penguasaan kuat pihak kerajaan ke atas rakyatnya memang tidak selesa dengan pembangkang. Di Singapura, internet dikawal sepenuhnya dan web seperti ini confirm akan diblock dan pemiliknya dipenjara! UMNO tidak dapat berbuat begitu kerana terikat dengan perjanjian MSC di mana Malaysia memberi jaminan kepada pelabur asing tidak akan menyekat internet..

Pakatan Rakyat bertarung di Perak, orang UMNO Johor pula yang terlopong apabila hilang Batu Putih dan Wilayah Pembangunan Iskandar. Melayu akan hilang diMalaya, tinggal 2 biji batu (Batu Najib & Hishamudin) Pulau Pisang ikut terpalik sama, hilang lagi ....dok berebut Perak, Selangor & Kedah. Dan yg hilang Batu Putih, Pulau Pisang & Iskandar (Batu Putih, adalah hak Johor, kenapa terlepas keSingapore, kembalikan, Titah Sultan Johor dlm Dewan) buat malu aje keris dah tumpul

No comments: